Wajah baru laman Kalendar Hijrah
Salam.
Alhamdulillah, setelah terhenti lama disebabkan kesibukan kerja, akhirnya laman rasmi Kalendar Hijrah muncul semula dengan wajah baharu. Sekiranya dahulu laman Kalendar Hijrah menggunakan Joomla sebagai CMS, kali ini kami berubah angin menggunakan sepenuhnya WordPress, bersesuaian dengan kegunaan widget Kalendar Hijrah untuk blogger-blogger semua khususnya.
Sebagai permulaan “come back” ini, fungsi utama Kalendar Hijrah iaitu menyediakan widget Kalendar Hijrah harus diutamakan. Anda boleh ke laman PASANG untuk memasang widget Kalendar Hijrah anda.
Sebagai permulaan projek ini juga, kami menyediakan laman penukaran tarikh masihi kepada hijrah dan berkongsi tarikh tersebut di laman sosial terpilih. Untuk fungsi ini, sila klik TARIKH
Semoga laman ini memberikan manfaat kepada semua serta memberikan ilmu yang luas tentang tarikh-tarikh hijrah yang kurang diketahui generasi sekarang.
Salam Maal Hijrah!