Rabiul Akhir – Bulan Terakhir Musim Bunga
Berlalu sudah bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, kini muncul pula bulan terakhir Musim Bunga atau lebih dikenali sebagai RABIUL AKHIR. Walaupun bulan ini tidak begitu menonjol berbanding bulan-bulan yang lain, namun di dalamnya terdapat pelbagai peristiwa penting yang perlu kita ingati.
Antara peristiwa-peristiwa penting dalam bulan Rabiul Akhir adalah:
- Peperangan – Peperangan Najran, Pengusiran kaum Yahudi Bani Nadir, Peperangan Al-Ghabah / Zi-Qarad dan Peperangan Al-Ghamar.
- Pengepungan Damsyik – pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a diketuai oleh Abu `Ubaidah bin Al Jarrah dan Khalid bin Al Walid r.a tahun 14 Hijrah dan seterusnya membawa kepada pembukaan Damsyik.
- Imam Ghazali meninggal dunia.
- Isra’ & Mi’raj – Terdapat salah satu pendapat minoriti yang mengatakan 27 Rabiulakhir adalah tarikh Isra’ dan Mi’raj Rasulullah s.a.w (tarikh difardhukan solat). Namun begitu tarikh yang masyhur dan yang diguna pakai di Malaysia ialah 27 Rejab.
Menarik bukan? Insyaallah kami akan huraikan sedikit-demi sedikit peristiwa-peristiwa ini di masa akan datang.