Persoalan Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun

Perkara yang sering dilakukan terutamanya ketika menyambut masuknya tahun baru hijrah sudah pasti bacaan Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun yang dibaca sebelum masuknya waktu Maghrib. Namun adakah amalan ini sunat, dituntut dan perlu dilakukan?

pray

Penerangan yang panjang tidak perlulah rasanya disiarkan di laman ini. Saya akan cuma kongsikan dua artikel menerangkan persoalan ini yang mana boleh kita ambil sebagai iktibar dan panduan.

1. Artikel oleh Cahaya Islam (Wan Muhd Ali)

2. Artikel oleh Ustaz Syed Abdul Kadir al Joofre

Berdasarkan kedua-dua artikel di atas, boleh disimpulkan bahawa:

Pertama

Doa di awal dan akhir tahun merupakan sesuatu perkara yang baik dan harus dilakukan oleh setiap lapisan masyarakat, namun ia bukanlah perkara yang wajib. Anda hendak berdoa, berdoalah di setiap waktu dan ketika. Setiap waktu dan ketika itu termasuk juga padanya doa di awal dan akhir tahun. Berdoalah semoga dosa kita di tahun yg lalu diampunkan dan amalan kita diterima. Jua berdoalah moga di tahun baru ini kita dibantu melawan syaitan, nafsu yang menyeru kejahatan serta dibantu melakukan amal ibadat sebanyak mungkin.

Kedua

Jika diamalkan dan salah faham tentang fadhilat yang disebarkan sedangkan fadhilat-fadhilat itu datangnya dari palsu maka amalan itu tertolak. Namun jika diamalkan doa-doa itu semata-mata kerana Allah maka ia tidaklah menjadi satu kesalahan. Semua doa adalah amat baik diamalkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *